Gambar: Bernama

Maybank Tawar Bantuan Banjir Termasuklah Penangguhan Bayaran Pinjaman, Pengurangan Ansuran Bulanan

Fathin Nadzira

Susulan daripada bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri, pihak Maybank tidak ketinggalan menawarkan bantuan banjir kepada pelanggan mereka yang terjejas.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Maybank, bantuan yang diberikan adalah termasuk dengan penangguhan pembayaran atau pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Selain itu, Maybank juga menawarkan pengecualian yuran dan caj bagi perkidmatan terpilih seperti penukaran kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk di bawah:

Sumber : Maybank