Mayat Bayi Ditemui Terdampar Di Queensbay Kini Diklasifikasi Sebagai Kes Bunuh
Kes penemuan mayat bayi perempuan yang ditemui terdampar di Pantai Queensbay, Pulau Pinang kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Menurut Sinar Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes berkenaan daripada Seksyen 318 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hasil bedah siasatan yang dijalankan mendapati bahawa terdapat kesan luka di bahagian leher mangsa (incised wound to the neck), kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal.
Mayat bayi ditemui sebuah pantai di Pulau Pinang kini diklafikasi sebagai kes bunuh
“Selepas memperolehi keputusan bedah siasat, kita mengklasifikasikan semula kes kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden C Jivendran Muthuliyar di talian 019-3469718,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan penemuan mayat bayi perempuan yang ditemui terdampar di kawasan pesisiran pantai tersebut yang berdekatan dengan Bayan Baru, Ahad lepas.
Polis menerima laporan berkenaan penemuan mayat berkenaan oleh orang awam pada pukul kira-kira 5.55 petang.
BACA: Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Terdampar Di Pantai Queensbay
Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan pihak berkuasa, mendapati mayat bayi berkenaan berkemungkinan dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di situ.
Mayat tersebut kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat.
Sumber: Sinar Harian