Disebabkan kadar penularan yang tinggi, COVID-19 merebak dengan cepat serta mengakibatkan banyak hospital di seluruh dunia kekurangan bekalan pakaian perlindungan diri (PPE).
Biarpun tanpa perlindungan, sesetengah staf perubatan mengambil langkah merisikokan diri sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain termasuklah salah seorang doktor di Pakistan, Dr Usama Riaz.
Pada usia yang masih muda, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah dijangkiti COVID-19 dipercayai melakukan ‘screening test’ kepada pesakit disyaki COVID-19 biarpun tiada PPE.
Hal ini dikongsikan pemilik akaun StanceGrounded di laman Twitter.
“Hari ini dia tewas pertarungan dengan koronavirus tapi dia telah memberi ‘nyawa’ dan harapan kepada ramai orang,” tulis pemilik akaun tersebut.
Kredit: StanceGrounded“Jika kamu selamatkan satu nyawa, ia ibarat kamu selamatkan seluruh manusia.”
Kisah beliau mendapat perhatian lebih 160 ribu warga maya yang rata-rata mendoakan yang terbaik buat Allahyarham.




Ada juga antara netizen yang risau melihatkan hakikat kesan COVID-19 yang mampu meragut nyawa anak muda yang sihat.

Menurut The Express Tribune, Dr. Usama dan beberapa orang lagi rakan sejawatannya bertugas di sebuah hospital daerah di Gilgit-Baltistan.
Mereka bertugas untuk melakukan pengesanan jangkitan COVID-19 terhadap warga Pakistan yang baru pulang daripada Iraq dan Iran.
Salah seorang rakan sejawatannya mendakwa bekalan sut perlindungan PPE tidak mencukupi bagi melakukan ujian tersebut.
Sumber: StanceGrounded, Anadolu Agency, The Express Tribune