Tam merupakan seekor badak Sumbu Sumatra generasi terakhir di Malaysia telah mati pagi tadi sekitar jam 7.00 pagi tadi selepas menerima rawatan sejak 19 Mei lalu. Pegawai Hidupan Liar sudah menyuarakan kebimbangan sejak kesihatannya yang menurun sejak bulan lepas.

Tam yang berusia 30 tahun telah mengalami penyakit kerosakan buah pinggang dan hati selama beberapa minggu. Sekarang hanya tinggal seekor sahaja badak sumbu betina yang bernama Iman di Malaysia.

Kematian Tam menyaksikan kepupusan spesis Badak Sumbu Sumatra di dunia ini. Tiada lagi Badak Sumbu Sumatra dapat dilihat dan ia akan menjadi sejarah serta sebutan di buku dan akhbar sahaja, selepas ini.
Haiwan apakah yang bakal pupus lagi selepas ini? Bayangkan dunia yang kita huni tiada haiwan liar. Pasti sepi dan ekosistem rantaian makanan terganggu. Bumi ini malan
Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia