Demi bertemu isteri tercinta, seorang lelaki dipercayai berjalan kaki untuk pulang ke kampung halaman. Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan dengan berjalan kaki.
Menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa, suaminya yang sedang dalam perjalanan ke Gerik itu telah memutuskan untuk pulang setelah sebulan tidak bekerja.
“Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang ni dalam perjalanan ke Gerik. Gila kepala memikir. Duduk KL pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja kan.. Tauke pun halau la dari rumah yang dia beri duduk tu. Duit pun tak ada nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki nak balik rumah,” tulis Sara.
Poksu turut memuatnaik video live untuk berkongsi perkembangan dan perjalalanannya kepada rakan-rakan Facebook miliknya.
Dalam satu kirimannya, Poksu berkongsi gambar kasutnya yang telah rosak. Dia turut berhenti di beberapa hentian untuk berehat dan mengecas telefon miliknya.
Dalam satu video dimuatnaiknya, Poksu berkata dia hampir pitam setelah dua hari tidak makan nasi dan hanya bergantung kepada minuman isotonik.
Dalam gambar dikongsikannya, Poksu memerlukan masa hampir empat hari untuk sampai ke Tanah Merah, Kelantan.

Sumber: Matnoe Poksu Din