Siapa sangka, perasaan marah dan malu dahulu apabila dipaksa membeli dua tempat duduk untuk menaiki pesawat akhirnya merubah pemikiran dan saiz tubuh badannya sekarang.

Kehidupan biasa Gary Kirkwood, 31, dahulu apabila dia memulakan harinya dengan bersarapan bijirin manis, diikuti kentang goreng, kerepek ikan, sosej gulung, pizza, dan makanan sejuk beku akhirnya mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan yang sihat.

Dia kehilangan hampir separuh dari berat badan asalnya (12st 6lbs) hanya selama 18 bulan dengan bantuan Weight Watchers yang memberi dorongan dan bantuan kepadanya.
Untuk memperingati saiz badan asalnya, dia mengambil keputusan untuk menyimpan kadbod saiz asal bentuk badannya dan disimpan di dalam almari. Begitu juga dengan seluar gergasi bersaiz 8XL dengan saiz pinggang 70 yang digunakannya dahulu. Ia dianggap sebagai lencana kehormataan.

Dia menceritakan semula ketika dia hendak membeli tiket penerbangan ke rumah kawanya di Gran Canaria apabila dia dikehendaki untuk membeli dua tempat duduk. Gary berusaha menjelaskan untuk duduk hanya dengan satu kerusi tapi masih tidak dilepaskan.

Daripada kejadian itu, dia secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk menyertai Weight Watchers pada tahun 2017 atas pemerhatian Cathy Scarrow untuk menurunkan berat badan ke tahap ideal.
“Setiap malam saya akan makan empat keping roti dan mentega, minuman penuh lemak, beberapa tiub Pringles dan seluruh paket biskut. Saya tak pernah makan kurang daripada ini”.
Selepas mendaftar di Weight Watchers, dia mula mengkaji semula apa yang dimakan, apa yang dimasak. Dia juga mengurangkan saiz ‘portion’ yang dimakan supaya tidak berlebihan selain memaksimumkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Gary juga memaksa diri untuk melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan ideal.
“Saya tidak percaya saya pernah berada dalam keadaan ini. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak berada dalam saiz bentuk ini lagi.

“Matlamat selepas ini, saya ingin melakukan pembedahan untuk membuang lebihan kulit asal saya yang berada di sekeliling pinggang dan lengan,” katanya.
Gary yang tinggal di Motherwell, Scotland, dan bekerja sebagai anggota khidmat pelanggan berharap untuk melakukan pembedahan membuang lebihan kulit di bahagian sekeliling pinggang dan lengan pada masa akan datang.

“Saya berbangga dengan pencapaian saya. Ia menjadi salah satu ganjaran yang bagi diri saya sendiri”.
Sumber: Mirror.co