Sekatan kemasukan ke Malaysia bagi pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang dari negara-negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 kes berkuat kuasa mulai hari ini.
Negara-negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat, Brazil, India, Russia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.
Sebelum ini, pengumuman berkenaan sekatan tersebut diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pada 3 September lalu.
“Kecuali jika kes melibatkan kecemasan atau urusan berkaitan hubungan dua negara.
“Bagaimanapun, ia perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen,” katanya, memetik laporan BERNAMA.
Sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.
Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia, BERNAMA