Sebagai ibu bapa, pasti banyak kaedah yang diamalkan dalam mendidik dan membesarkan anak kecil anda.
Jika di sekolah, mungkin ianya terletak pada bahu guru, namun di rumah, segalanya adalah daripada anda sendiri.
Namun, salah satu aktiviti yang penting untuk pembesaran anak kecil tapi seringkali dipandang ringan adalah aktiviti mewarna. Kenapa ya?
Bukankah ia hanya sekadar memegang pensel warna, mewarna dan siap sahaja?
Ikuti penjelasan oleh seorang pengamal terapi cara kerja (occupational therapist), saudari Aabidah Ab Ghani di bawah ini.
Gambar sekadar hiasan.Macam biasa, selesai sarapan, buka phone. Baca dan balas mana-mana WhatsApp yang berkaitan dan penting.
Terhenti pada satu permintaan seorang guru untuk content sharing berkenaan mewarna.
Saya puji kesungguhan dan kecintaan guru ini pada pendidikan awal kanak-kanak sehinggakan pertandingan mewarna pun beliau mahu ibu bapa faham THE BIGH WHY dan VALUE di sebalik mewarna ini.
Kita terlalu selalu dihidangkan dengan aktiviti sekolah yang ‘bombastik the bomb‘..dan kita hargai sangat-sangat..
Eksperimen sains
Projek robotik
Hafazan
Dan macam-macam lagilah..
Tapi bila disebut tentang aktiviti mewarna, jarang kita hargai..
It is always a process. PROSES..
Proses apa? Proses pembelajaran melalui eksplorasi.
Gambar sekadar hiasan.Apa yang mereka pelajari melalui eksplorasi dalam mewarna?
1. Ekspresi diri
Penggunaan atau pemilihan warna adalah salah satu channel anak mengeluarkan dirinya.
Warna-warna terang seperti merah melambangkan keberanian mereka, warna-warna gelap seperti hitam pula adalah ekspresi diri yang tegas, keras dan independent..kadang-kala dramatis.
Semakin kerap mengendalikan warna, semakin mudah anak-anak belajar mengekspresi diri.
2. Membantu memperbaikkan kemahiran menulis (handwriting)
Latihan menulis itu penting, tapi memenatkan dan membosankan. Mewarna adalah alternatif terbaik dalam melatih anak-anak menulis dengan baik.
Kawalan pensel, pegangan pensel, kemahiran visual-motor, semuanya dapat dilatih semasa aktiviti mewarna.
Beri ruang untuk mereka melakukan kesilapan. Supaya mereka belajar bagaimana melakukannya dengan betul di kemudian hari.
Jika dalam latihan menulis huruf-huruf, kebebasan begini agak sukar diberikan, maka, gunakan mewarna sebagai medium latihan yang menyeronokkan.
Gambar sekadar hiasan.3. Melatih fokus
Pastikan ia sesuatu yang menyeronokkan! Kerana jika mereka ‘enjoy’, ia mampu melatih fokus mereka agar lebih lama dalam aktiviti ‘table top’.
Sebab itulah jika anak yang baru belajar mewarna, kita perlu berikan gambar yang kecil supaya mereka boleh habiskan tanpa rasa mengeluh.
Menghabiskan task mewarna dalam satu kertas bersaiz A4 yang penuh bukan sesuatu yang mudah bagi anak-anak usia prasekolah.
Mereka memerlukan:-
Ketahanan fizikal, core muscle yang ada endurance yang cukup
Fokus yang lama untuk menghabiskan aktiviti yang memerlukan mereka duduk dengan baik
Maka dengan itu, janganlah memandang enteng lagi aktiviti mewarna..
Mudah menjadi pengadil, memilih manakah karya yang johan, kedua dan ketiga..
Tapi bukan mudah nak meniti jalan proses anak-anak belajar mewarna hingga mampu menghasilkan apa yang tuan-puan lihat hari ini.
Yang gembira menulis,
Aabidah Ab Ghani
Occupational therapist
Wafa Therapy Centre
Brainbow Academy
Sumber: Aabidah Ab Ghani