Bagi masyarakat Muslim umumnya, kita semua sedia maklum bahawa solat lima waktu merupakan tiang agama bagi seluruh umat islam dan ia wajib dilaksanakan walau di mana pun kita berada.
Tidak mengira waktu, tempat dan keadaan, solat lima waktu itu tetap perlu dilaksanakan. Waima dalam kapal terbang pun, kita masih perlu menunaikan solat dan ada caranya.
Walau bagaimanapun, korang pernah tak ketika waktu bekerja, majikan tak bagi tunaikan kawajiban ini? Pernah terfikir tak apa yang korang boleh buat jika perkara ini berlaku?
Mengeksplorasi laman sesawang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), mereka kongsikan akta-akta dan tindakan yang boleh diambil oleh pekerja termasuklah jika majikan tidak benarkan menunaikan solat.
Untuk penerangan yang lebih jelas, baca ulasan-ulasan yang telah kami sertakan di bawah, semoga memberi manfaat.
Aduan Buruh
Aduan merupakan manifestasi wujudnya suatu masalah yang memerlukan perhatian segera. Daripada aduan yang diterima JTKSM boleh mengenal pasti dengan segera dan jelas tentang masalah di tempat pekerjaan dan dengan itu, jabatan berupaya mengambil langkah yang sesuai untuk menyelesaikann masalah itu dengan cepat.
JTK menerima aduan daripada pelbagai sumber iaitu :
Pengadu sendiri
Biro Perpaduan Awam
Pejabat Menteri/ Timbalan Menteri Sumber Manusia
Pejabat Perdana Menteri
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Kedutaan
Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Agensi-agensi lain
Aduan yang dikendalikan oleh JTK adalah:
Aduan oleh pekerja terhadap majikannya kerana tidak mematuhi peruntukkan undang- undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit). Contoh adalah seperti berikut :
Tidak dibayar gaji
Tiada cuti tahunan
Tidak melapor penggajian pekerja asing
Diberhentikan kerja tanpa notis
Tiada kontrak perkhidmatan
Lewat bayar gaji
Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012
Aduan oleh pekerja atau pihak-pihak lain terhadap majikan yang ingkar mematuhi dasar kerajaan atau adat resam serta amalan buruh yang tidak sihat. Contoh:
Diskriminasi kaum
Tidak dibenarkan solat
Amalan Buruh Tak Saksama
Diskriminasi kaum/jantina
JTK akan menyiasat setiap aduan yang diterima berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan. Sekiranya hasil siasatan mendapati aduan berasas, majikan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut kesalahan yang dilakukan seperti diberi notis pematuhan, dikenakan tindakan kompaun atau pendakwaan.
Sekiranya aduan melibatkan tuntutan kewangan dan hasil siasatan mendapati pengadu layak untuk membuat tuntutan, pengadu akan dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh.
Bagi aduan yang melibatkan soal dasar, agama dan penggajian, majikan akan diberi penjelasan berhubung dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dan dinasihatkan agar memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu yang dibangkitkan demi menjamin keharmonian industri.
Cara membuat aduan
Pengadu boleh membuat aduan melalui :
Hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat kerja
Surat kepada Jabatan Tenaga Kerja
Telefon ke talian telekerja JTK (senarai telekerja)
Emel rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Untuk mempercepatkan tindakan terhadap Aduan Perburuhan, pengadu (majikan/pekerja) perlu hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja bersama dengan dokumen yang diperlukan. Setiap aduan akan di kendalikan oleh Pegawai Buruh Terlatih di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja mengikut kawasan tempat pekerjaan.
Dokumen Sokongan yang diperlukan
Kad Pengenalan/ Pasport
Surat Lantikan/ Kontrak Perkhidmatan
Slip Gaji/ Slip Bayaran Upah
Kad kedatangan
Surat Tunjuk Sebab/ Surat Penamatan Kerja (Jika berkaitan)
Dokumen lain yang berkaitan kontrak penggajian.
Antara isu-isu aduan yang dikendalikan oleh JTKSM adalah seperti berikut:-
Akta Kerja 1955, Peraturan-Peraturan Dan Perintah
Baki gaji
Gaji ganti notis
Gaji cuti am
Gaji cuti tahunan
Gaji cuti sakit
Gaji kerja pada hari rehat mingguan
Gaji kerja cuti am
Gaji kerja lebih masa pada hari biasa
Gaji kerja lebih masa pada hari rehat mingguan
Gaji kerja lebih masa pada cuti am
Cuti/elaun bersalin
Faedah penamatan kerja
Penggajian pekerja asing
Pelanggaran kontrak pekerjaan
Lain-lain
Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990
Bekalan air tidak diberi/mencukupi/bersih
Membina rumah tanpa kelulusan pelan
Bekalan elektrik tidak diberi/mencukupi
Lain-lain
Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966
Tidak diberi faedah statutori
Melanggar syarat penggajian
Lain-lain
Akta Pampasan Pekerja 1952
Tidak menginsurankan pekerja
Tidak melapor kemalangan pekerja
Belum dibayar pampasan
Lain-lain
Isu melibatkan dasar, agama dan penggajian
Pelanggaran dasar kerajaan
Diskriminasi kaum
Tiada peluang / tempat sembahyang
Amalan Buruh Tak Saksama
Gaji rendah / Tiada kenaikan gaji
Penindasan oleh majikan
Diskriminasi kaum/Jantina
Lain-lain
Sumber: JTKSM