Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham dalam sidang media hari ini memberitahu KKM telah mengenal pasti kluster melibatkan pekerja bukan warganegara di sebuah syarikat pembersihan.
Sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 24 orang disahkan positif COVID-19 yang dilaporkan menerusi kluster yang melibatkan warganegara Bangladesh.
Sehubungan dengan itu, KKM menyeru majikan untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam membendung masalah ini.
Menurutnya, isu ini perlu ditangani segera bagi memastikan penginapan golongan pekerja selamat dan mematuhi amalan penjarakan sosial.
Majikan juga perlu bertanggungjawab memberi pendidikan kepada pekerja tentang amalan kebersihan, langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di tempat tinggal, dan juga pematuhan kepada pelbagai SOP yang telah dibangunkan Kerajaan untuk industri termasuk pergerakan pekerja.
Sumber: Bernama TV