Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih tidak pulih, rakyat Malaysia kini sekali lagi terpaksa menghadapi fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung jangkitan COVID-19.
Seperti PKP 1.0 yang lalu, pasti setiap orang mula mempunyai hobi dan melakukan perkara-perkara yang baharu bagi mengisi masa lapang ketika di rumah.
Ditambah lagi bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecil, pelbagai idea yang perlu difikirkan agar anak-anak tidak bosan. Tidak cuma belajar sahaja, mereka juga perlu bersantai dengan aktiviti-aktiviti yang menarik supaya tidak merasa tertekan.
Bagi ibu bapa yang sudah ‘pening’ dan tidak tahu untuk mengisi masa lapang anak-anak, anda boleh membeli set kolam mainan yang sangat menarik.
Menerusi perkongsian penyanyi, Ziha Salleh di Twitter, kolam mainan yang juga dikenali sebagai dinasour play center itu boleh dibeli di Shopee.
Percayalah, anak-anak pasti akan suka kerana kolam itu kelihatan seperti ‘taman tema air’. Ia sangat sesuai diletakkan di kawasan lapang di depan rumah.
Bagi anda yang ingin membeli kolam mainan tersebut, anda boleh klik DISINI.
Sumber: Ziha Salleh