Usianya masih muda, cita-citanya juga tinggi namun keadaannya terpaksa membataskan beberapa perkara.
Walau bagaimanapun, semangatnya untuk terus kuat dan melawan ‘sakit’ itu menarik perhatian rata-rata netizen.
Mohamad Nor Imran menggunakan nama twitter @abernatron, diduga dengan kanser Lymphoma Hodgin pada tahun 2015 dan tidak hanya itu, tahun ini, dia didiagnosis pula dengan kanser kolorektal pada tahap 3.
Dia yang masih belajar, sentiasa bercita-cita mahu menjadi seorang pegawai tentera. Bersama semangat yang jitu, Imran mengambil keputusan untuk menyertai latihan ketenteraan, PALAPES DARAT selama 3 tahun.
Sumber: Twitter