Kes pembuangan bayi dilihat semakin kritikal. Apa tidaknya, kerap kali kita dengar dan lihat penemuan bayi yang dipercayai dibuang oleh ibu kandungnya terutamanya di tong sampah.
Begitulah situasi terbaru yang dirakam apabila terdapat satu penemuan seorang bayi yang dipercayai dibuang ke dalam tong sampah. Bukan setakat itu sahaja, bayi tersebut dibungkus di dalam plastik sampah hitam sebelum diletakkan ke dalam tong yang dipenuhi dengan sampah.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran suara bayi daripada dalam bungkusan plastik hitam berkenaan. Beberapa individu telah mengangkat bungkusan itu dan mengoyakkannya.


Ternyata, di dalam plastik itu terdapat seorang bayi. Tindakan membuang bayi itu telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan warga Twitter.
Ada yang mempertikaikan tindakan tersebut lebih baik sekiranya diserahkan kepada orang lain berbanding dibuang sebegitu.
“Macam mana kalau ada orang campak barang berat dalam tu and terkena kepala dia”

“Macam mana baby tu bernafas, dia ikat ketat gila weh”

“Panas kot weh letak dalam plastik ya Allah kenapa la manusia boleh kejam sangat”

Sumber: Twitter