Walaupun dalam kesakitan, namun semangat dan kecekalan pelumba basikal Malaysia, Shah Firdaus tetap teruskan perjuangan dalam saringan suku akhir acara keirin lelaki.
Bagaimanapun, rezeki kemenangan tidak berpihak kepadanya namun, ia tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan tersebut dari jauh.
Bagi Shah Firdaus, beliau rasa terkilan dengan perlawanan kali ini. Tetapi kegagalan hari ini bukan satu penghalang untuk berada di Sukan Olimpik depan yang dikatakan bakal berlangsung pada tahun 2024 nanti.
Tamat tugas di Tokyo

Terima kasih Malaysia untuk semua doa dan sokongan yang telah menjadi kekuatan kami. Tamat tugas di Tokyo. Bukan persembahan yang terbaik seperti yang diharapkan. Saya rasa cukup bersedia pada hari pertama keirin, secara fizikal and mental.
Namun, dalam perlumbaan ada perkara yang kita tidak boleh kawal, walau sekuat mana kita berusaha. Kalah menang adat bertanding. Tiada siapa yang datang ke pentas sukan sebesar ini untuk kalah atau sekadar jadi “average”. Begitu juga saya.

Jangan ditanya soal perngorbanan, anda juga tau jawapannya….
Sudah lebih dari 5 tahun persiapan yang dilakukan hanya untuk berada di sini, di Olimpik. Jangan ditanya soal perngorbanan, anda juga tau jawapannya. Sedaya usaha saya lakukan untuk cuba menghasilkan sesuatu buat negara yang tercinta. Walaubagaimanapun, takdirnya, belum rezeki saya kali ini. Maafkan saya Malaysia.


Saya masih percaya dan sedikit pun tidak tercalar kayakinan bahawa saya mampu. Cuma, saya perlukan sedikit masa untuk hadam pengalaman kali ini. Antara pelajaran terbesar yang saya lalui dalam karier. Sekali lagi, terima kasih Malaysia.
Tidak lupa, terima kasih untuk sistem sokongan kem basikal trek Malaysia. Tanpa anda saya tiada di sini. Terima kasih buat keluarga tersayang. Kepada semua atlet bertanding tahniah dan syabas untuk semangat kesukanan yang tinggi dan persaingan yang hebat.
Untuk idola Malaya, tahniah @azizulhasniawang, anda adalah anugerah dan inspirasi buat Malaysia.
Sumber: Shahfirdaus