Setelah bertahan hampir dua bulan bertarung nyawa, anak pelakon Abby Abadi disahkan telah meninggal dunia malam tadi akibat beberapa komplikasi.
Berita sedih itu dikongsikan di akaun Instagram miliknya yang memaklumkan pemergian anak syurganya itu. “Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami”.
Bagaimanapun Abby serta keluarganya ketika ini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah.
Abby Abdi juga berkongsikan video terakhir sebelum mereka meninggalkan bayi syurganya itu untuk menunaikan umrah pada Khamis, 5 Disember yang lalu.
Baru hari kedua di Makkah baby D dah tinggalkan kita.
Suami Abby Abadi, Faizal Zakaria atau Jaiezanny turut berkongsikan berita sedih itu pada saat mereka berada di Makkah pada hari kedua.
Hari Ke 2 Abah & Mama di Mekah, Baby D pergi meninggalkan kami
Sumber : Abby Abadi, Faizal Zakaria