M Social Resort Penang bekerjasama dengan WO Studios untuk memperkenalkan A Social Reset, sebuah retreat kesihatan bertemakan Y2K yang akan berlangsung pada Sabtu, 26 Julai 2025, dari 6.00 pagi hingga 8.30 malam. Program satu hari ini mengajak peserta untuk ‘unplug’ daripada dunia digital dan kembali selaras dengan minda, tubuh dan jiwa.
Dianjurkan oleh WO Studios, studio Pilates pertama di Pulau Pinang, A Social Reset menjanjikan sebuah perjalanan holistik yang menyegarkan dan terbuka kepada semua. Program ini juga mencerminkan komitmen M Social Resort Penang dalam menawarkan pengalaman berasaskan kesihatan sebagai teras utama hotel mereka.
“M Social Resort Penang bukan sekadar tempat menginap; ia adalah ruang untuk menyegarkan semula minda dan tubuh. A Social Reset ialah bukti usaha berterusan kami dalam menawarkan pengalaman berteraskan kesihatan yang bermakna kepada tetamu dan komuniti,” kata Jasmine Keh, Pengurus Besar M Social Resort Penang.
Antara aktiviti menarik yang ditawarkan termasuk sesi Pilates, pengalaman sound bath (mandian bunyi), serta ais plunge berpandu pertama di Pulau Pinang.
A Social Reset dibuka kepada semua sama ada baru nak mula atau memang peminat kesihatan tegar. Terdapat dua pilihan sesi:
Setiap sesi turut disertakan dengan hidangan sihat yang disediakan oleh M Social Resort Penang.
Untuk menyertai, daftar melalui reservations.msrp@millenniumhotels.com