Lukisan Gadis Cilik Malaysia Dipilih Jadi Maskot Rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022
Seorang gadis cilik kelahiran Malaysia, Emma Lou telah menempa nama di persada antarabangsa apabila lukisannya dipilih untuk menjadi maskot rasmi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Emma Lou yang baru berusia 10 tahun itu telah mereka bentuk maskot yang digelar Perry the Bull dalam sebuah pertandingan kebangsaan pada musim panas 2020.
Gadis cilik itu, telah dinobatkan sebagai juara pertandingan malah lukisannya terpilih untuk diinspirasikan menjadi maskot rasmi Temasya Komanwel Birmingham yang akan dianjurkan pada 28 Julai ini.
Pencapaian gadis cilik kelahiran tanah air itu turut dikongsikan oleh akaun Twitter rasmi milik Olympic Malaysia.
Perkongsiannya adalah seperti berikut:
Menurut sumber, Emma Lou telah berjaya mengatasi 50 kanak-kanak lain untuk dinobatkan sebagai juara pertandingan.
Pencapaian itu turut menjadi kebanggaan seluruh warga Malaysia.
Sumber: Twitter Olympic Malaysia
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”