Satu lagi insiden pencemaran bau telah dilapor dikesan berhampiran kawasan Perumahan Saujana, Rawang semasa pemantauan Ops Sumber Air yang dilakukan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan AIR Selangor.
Menerusi kiriman di Facebook sebentar tadi, LUAS memaklumkan bahawa pihaknya dan AIR Selangor telah membuat pensampelan bau air Sungai Kundang berhampiran taman tersebut dan mengesan bau sebanyak 4 ton.
Sumber: Lembaga Urus Air Selangor