Rapid KL dalam satu tweet di laman rasmi Twitter mereka memaklumkan sebuah gerabak di Stesen KL Sentral dilapor mengalami masalah gerabak.
Susulan daripada kejadian itu, perkhidmatan LRT bagi laluan Kelana Jaya berdepan dengan kelewatan operasi. Seterusnya, perkhidmatan gerabak shuttle telah diaktifkan diantara stesen Bangsar ke Pasar Seni.
Manakala gerabak dari Putra Height akan berpatah balik di Stesen Bangsar manakala gerabak dari Gombak pula akan berpatah balik di Stesen Pasar Seni.
Rapid KL juga akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik. Para pengguna juga disaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan alternatif lain bagi meneruskan perjalanan.
Rata-rata pengguna turut berkongsi keadaan terkini di Stesen Bangsar dan Pasar Seni. Mereka turut berkongsi keadaan terkini di lokasi.
Sumber: Ask Rapid KL