Lima warga Hong Kong telah ditahan atas dakwaan tawar pekerjaan palsu yang menyebabkan mangsa telah tertarik untuk ke Asia Tenggara dan kemudian ditahan di luar kehendak mereka, umum polis pada hari Ahad (21 Ogos).
Sejak kebelakangan ini, mangsa dilaporkan telah pergi ke negara-negara seperti Myanmar, Kemboja, Thailand dan Laos atas janji cinta palsu ataupun peluang pekerjaan bergaji tinggi, dan kemudiannya ditahan dan dipaksa bekerja.
Pada Khamis, pihak berkuasa telah mendirikan jawatankuasa untuk membantu individu-individu yang diperdagangkan, juga merupakan mangsa penipuan.
Hampir kesemua 36 permintaan untuk bantuan polis adalah berkaitan dengan penipuan pekerjaan, menurut Tony Ho, Superintenden Polis bagi Biro Jenayah Terancang dan Triad.
Polis telah menahan tiga lelaki dan dua wanita yang disyaki memperdaya warga Hong Kong supaya menerima tawaran pekerjaan di luar negara yang “sangat tidak realistik” , kata Ho pada Ahad.
Kredit: AFPDifahamkan, 22 orang mangsa masih dipercayai terperangkap di Kemboja dan Myanmar, manakala sembilan daripada mereka belum menghubungi keluarga masing-masing atau polis Hong Kong, kata Ho.
Ho berkata, mangsa telah diberikan tiket penerbangan dan kebanyakan pasport mereka telah diambil selepas mereka mendarat, sebelum dihantar ke pusat penipuan dan dipaksa untuk menipu orang lain.
Ahli politik dari parti DAB Hong Kong memberitahu pemberita pada Ahad bahawa keluarga mangsa meminta bantuan daripada mereka kerana terdapat seorang warga Hong Kong yang telah terperangkap selama kira-kira sebulan di satu ‘kawasan panas’ bagi pemerdagangan manusia di Negeri Kayin, Myanmar.
“Keluarganya mengesyaki dia didera secara fizikal,” kata Woo Cheuk-him, ahli politik yang menerima permintaan untuk membantu mangsa tersebut.
“Katanya, dia telah dipaksa bekerja lebih 10 jam sehari … jika dia tidak menunjukkan prestasi yang baik, dia tidak akan diberi makanan yang mencukupi.”
Walau bagaimanapun, peguam hak asasi manusia Patricia Ho berkata bahawa undang-undang sedia ada Hong Kong tidak mencukupi untuk menangani penipuan sedemikian pada Khamis.
Hal ini disebabkan bandar itu tidak mempunyai undang-undang yang secara khusus bagi melarang pemerdagangan manusia dan buruh paksa.
Sumber: CNA