LG Malaysia Menyumbang RM100K Kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Untuk Bantuan Banjir
KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER 2024 – Setibanya musim monsun timur laut di negara kita, LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) telah mengorak langkah untuk menangani keperluan komuniti yang akan terjejas akibat banjir. Untuk meningkat usaha bantuan banjir, LG Malaysia menderma RM100,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk pemerolehan 500 kit kebersihan dan sebuah lori kontena. Sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti MRCS dalam usaha mereka untuk menyampaikan bekalan penting kepada mereka yang memerlukan selain meningkatkan kecekapan MRCS dalam tempoh kritikal.

Malaysia menghadapi kekerapan bencana berkait dengan banjir tertinggi dunia dan oleh itu, tindak balas yang berkesan dan pantas adalah satu keutamaan. Negara kita berada di kedudukan ke-12 di peringkat global untuk kekerapan banjir dengan 10.1% daripada kawasan yang terdedah kepada bencana ini yang menjejaskan hampir 5.67 juta orang setiap tahun. Sumbangan LG Malaysia menyerlahkan komitmen mereka untuk mengurangkan penderitaan komuniti yang terjejas dan mengukuhkan usaha responden barisan hadapan dalam menyampaikan bantuan.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia menyatakan bahawa sumbangan ini melambangkan sokongan syarikat terhadap MRCS dan menekankan kepentingan inisiatif ini untuk memberi impak yang berkekalan.
“Kekerapan dan keparahan bencana banjir di Malaysia sangat mengejutkan dan ia menjejaskan ribuan keluarga setiap tahun. Sumbangan kami bertujuan untuk memperkasakan MRCS dengan alat yang diperlukan untuk tindak balas yang pantas dan berkesan sambil menangani keperluan mangsa banjir dengan menyediakan bekalan kebersihan dan perkhidmatan pengangkutan yang boleh dipercayai,” kata Justin.

YB Dato’ Hj Mohd Rashidi, Naib Pengerusi National Committee for Services (MRCS), mengakui bahawa sokongan LG Malaysia untuk mengukuhkan kapasiti MRCS dalam usaha mereka untuk menyampaikan bantuan banjir akan meningkatkan keyakinan responden barisan hadapan.
“Sumbangan ini akan meningkatkan keupayaan kami untuk bertindak balas dalam kecemasan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami berharap kerjasama ini menginspirasikan organisasi dan individu lain untuk menyumbang kepada usaha bantuan banjir untuk meningkatkan lagi impak usaha kolektif ini,” kata YB Dato’ Hj. Mohd Rashidi.

Justin Choi menegaskan bahawa LG Malaysia sentiasa berusaha untuk mencetuskan keyakinan dan membuktikan yang bantuan sentiasa tersedia untuk mereka yang memerlukan.
“Kami berharap untuk menggalakkan orang ramai untuk kekal optimis dan bersemangat walau dalam kesukaran. Life’s Good apabila kita berbuat baik, dan melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk menyampaikan perubahan yang bermakna.”
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini LG Malaysia dan Kempen Life’s Good, sila layari laman web rasmi LG Malaysia, https://www.lg.com/my/ atau ikuti halaman Facebook rasmi LG Malaysia di https://www.facebook.com/LGMalaysia.