Sekurang-kurangnya 89 terkorban dalam insiden letupan di masjid berhampiran ibu pejabat polis di Peshawar, Pakistan tengah hari Isnin, lapor AFP via NDTV.
Jurucakap hospital utama di Peshawar, Muhammad Asim Khan berkata jumlah korban meningkat kepada 89 apabila lebih banyak mayat tiba dari tempat kejadian.
Manakala 150 lagi disahkan cedera (setakat dilaporkan).
Sementara itu Ketua Polis Pakistan Muhammad Ijaz Khan memberitahu AFP lebih 90 peratus mangsa adalah anggota polis.
Difahamkan pada awalnya antara 300 dan 400 daripadanya berkumpul di perkarangan masjid untuk menunaikan ibadah solat.
Namun difahamkan, letupan berlaku semasa para jemaah mendirikan solat Zuhur di masjid tersebut yang terletak tidak jauh dari sempadan Pakistan.
Semalam, sembilan mayat ditemui ketika misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan di sebalik runtuhan dinding masjid yang musnah.
“Saya kekal terperangkap di bawah runtuhan dengan mayat di atas saya selama tujuh jam.
“Saya telah kehilangan semua harapan untuk hidup,” kata Wajahat Ali, seorang konstabel polis pada Selasa.
Sebelum itu semasa misi menyelamat dilakukan, jumlah kematian terus meningkat apabila lebih banyak mayat ditarik menjadikan 61 terbunuh dengan 150 cedera.
Apabila menjelang malam, sekurang-kurangnya empat lelaki masih terperangkap dalam runtuhan itu dan telah diberikan oksigen, menurut Bilal Ahmad Faizi, jurucakap organisasi penyelamat.
Namun, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terbabit.
Menurut pegawai, letupan itu datang dari barisan kedua jemaah, dengan pemusnah bom yang berkemungkinan untuk memusnahkan semua yang terlibat.
Seorang anggota polis Shahid Ali yang terselamat berkata letupan berlaku beberapa saat selepas imam memulakan solat.
“Saya melihat asap hitam yang banyak dan berlari keluar untuk menyelamatkan nyawa saya.
“Jeritan orang ramai masih bergema di fikiran dan ramai yang bertindak untuk meminta pertolongan dengan cara menjerit,” katanya ketika menceritakan keadaan tersebut.
Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam satu kenyataan berkata pengganas bertindak sedemikian kerana mahu menimbulkan rasa takut kepada mereka yang menjalankan tugas mempertahankan negara itu.
Kemudiannya, kerajaan mengumumkan wilayah di seluruh negara itu berada dalam pengawasan yang ketat selepas letupan berlaku dan pusat pemeriksaan juga dipertingkatkan dan pasukan keselamatan telah dikerahkan membantu mangsa kejadian.
Sumber: AFP via NDTV
BACA: 61 Terbunuh Dalam Insiden Serangan Bom Di Masjid Pakistan