Pelakon popular, Donnie Yen Ji-dan yang lebih dikenali sebagai Donnie Yen mengakui bahawa Ip Man 4 akan menjadi filem kungfunya yang terakhir.
Beliau sebelum ini pernah memuat naik kenyataan tersebut di laman sosial miliknya, memberi gambaran bahawa filem yang bakal ditayangkan pada 20 Disember ini merupakan filem kungfu yang terakhir dibintanginya sekaligus mengejutkan para peminatnya.
Walaubagaimanapun menurut Gempak, Donnie berkata, beliau akan terus berlakon dalam filem aksi yang lain, menjelaskan aksi dan kungfu adalah dua perkara yang berbeza.
“Jadi sudah tiba masanya, saya berundur dan memberikan ruang kepada pelakon pelapis dan lebih muda.
“Tetapi jangan salah faham, saya bukan berhenti berlakon. Saya akan terus berlakon dalam filem aksi,” katanya kepada Gempak.
‘Follow’ IG
Sementara itu, Hairul Azreen meluahkan keterujaannya apabila bintang popular antarabangsa itu mengikutnya di laman Instagram.
Hairul turut berkongsi detik perjumpaan mereka ketika hadir memberi sokongan kepada siri jelajah mempromosikan filem Ip Man 4: The Finale di Kuala Lumpur pada petang semalam.
Lebih mengujakan, Donnie turut meluahkan keinginannya untuk bekerjasama dengan pelakon pelagak ngeri Malaysia itu suatu hari nanti.

Sumber: Asia One, Astro Awani, Hairul Azreen