Seorang warga emas yang bernama Taza Alang Rahim menunjukkan semangat patriotismenya dengan memasang lebih 300 bendera pelbagai saiz dan jenis pada kereta Proton Saga Aeroback miliknya.
Taza dilaporkan berbelanja sebanyak RM500 untuk membeli bendera-bendera Jalur Gemilang itu sempena sambutan hari Kemerdekaan yang bakal disambut pada Isnin ini.
Malaysia menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-63 untuk tahun 2020 ini dan bakal menyambut Hari Malaysia yang ke-57 pada 16 September 2020 ini.
Kebanyakkan negeri menyambut Hari Kemerdekaan dalam keadaan sederhana sahaja berikutan penularan Covid-19 yang masih belum berakhir.
Sumber: Bernama