nazar lelaki merangkak
Gambar: TikTok @ekobudiyono78

Lelaki Tunai Nazar Sejak 2014, Nak Merangkak Selepas Jalan Kampung Akhirnya Diturap

Iqbal Yasir

Lelaki Tunai Nazar Sejak 2014, Nak Merangkak Selepas Jalan Rumah Akhirnya Diturap

Seorang lelaki di Jogjakarta, Indonesia akhirnya dapat menunaikan nazarnya sejak 2014 untuk merangkak selepas jalan di kampungnya diturap.

Lelaki berkenaan dilapor merangkak beratus-ratus meter di atas jalan yang baru diturap di Kampun Karangnongko, Mukim Kemiri, Kapanewon Tanjungsari, Gunungkidul, lapor Liputan 6.

Sebuah video yang merakam tindakan lelaki tersebut turut menjadi viral selepas dimuat naik ke akaun TikTok oleh @ekobudiyono78 dua hari lalu.

Menerusi video berkenaan, lelaki berkenaan dilihat menyarung baju berwarna merah, mengenakan kaca mata hitam dan menjadikan kasut sebagai alas tangan dan lutut ketika merangkak.

Alas berkenaan dipercayai bagi mengelakkan kedua-dua bahagian badan tersebut daripada terluka.

Gambar: TikTok @ekobudiyono78

Penduduk kampung juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa bersejarah berkenaan dan menemani lelaki tersebut menunaikan nazarnya.

Bukan itu sahaja, lelaki berusia 52 tahun itu juga diiringi oleh beberapa anggota polis.

Difahamkan, dia mula merangkak daripada bahagian depan rumahnya dan menuju ke balai awam di kampung tersebut yang berjarak hampir 1 kilometer.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Sebelum ini, laluan di kawasan perkampungan tersebut masih menggunakan tanah dan batuan. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk mempunyai laluan berturap akhirnya menjadi kenyataan pada tahun ini.

Untuk makluman, video berkenaan berjaya meraih lebih 14,000 tontonan di platform berkenaan.

BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Lelaki Nekad Jalan Kaki Lebih 8,000km Dari India Untuk Tunai Haji

Terdahulu, hasrat seorang lelaki warganegara India untuk menunaikan haji tercapai setelah tiba di Mekah dengan hanya berjalan kaki dari India, lapor India Today pada Jun lalu.

Dia terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 8,640 kilometer (km) selama lebih setahun (kira-kira 370 hari) bagi mewujudkan impiannya.

Shibab memulakan perjalanan pada 2 Jun 2022 dan tiba di Makkah pada 7 Jun lalu.

Sepanjang perjalanan solo berjalan kaki, dia telah kehilangan 18 kilogram (kg). Shihab menjelaskan bahawa dia hanya makan makanan tradisional yang disifatkan baik untuk kesihatan badan.

Sumber: Liputan 6, TikTok @ekobudiyono78