Seorang lelaki kehilangan bibir dan kedua-dua kaki serta tangannya setelah dimakan bakteria pemakan daging
Alex Lewis, 39, terpaksa menjalani pembedahan bagi mengambil kulit dari bahu untuk ditampal pada mulutnya setelah dia kehilangan sebahagian daripada wajah akibat jangkitan berkenaan.
Semuanya bermula pada November 2013 ketika dia menyangka hanya mengalami selesema biasa, namun lima minggu kemudian dia koma kerana organ pentingnya mula berhenti berfungsi.
Alex dijangkiti Strep A yang berkembang menjadi sindrom kejutan toksik Strep A, septisemia dan necrotising fasciitis sehingga membuatkan dia hanya mempunyai 3 peratus sahaja peluang untuk hidup.
Kredit: The SunSetelah lebih enam bulan di hospital dan menjalani 18 pembedahan, Alex mula sembuh sedikit demi sedikit.
Pakar bedah plastik, Alexandra Crick telah ‘membuat semula’ bibir Alex menggunakan kulit bahunya, satu-satunya bahagian kulit yang tinggal untuk cantuman pada bahagian badan yang lain.
“Ia sekeping kulit dan bagai meletakkan satu beg pada mulut anda dan menjahit sekelilingya,” kata Alex. Dia merupakan individu pertama yang menjalani prosedur tersebut ke atas bibirnya.
Kredit: The Sun“Pembedahan wajah adalah pembedahan paling dramatik anda boleh lalui, saya masih ingat rasa malu dan tidak dapat tidur sehingga tujuh hari selepas pembedahan berkenaan,” katanya yang telah menjalani enam pembedahan untuk mendapatkan bibirnya kembali.
“Ia sungguh menakjubkan kerana semua saraf dan otot berkembang dan berfungsi seperti bibir normal,” tambahnya.
Walaubagaimanapun, lelaki optimis ini berkata, “Jika anda tawarkan kaki, tangan dah wajah saya kembali, saya tak akan mengambilnya.”
“Ini adalah satu rahmat, lebih daripada sumpahan,” kata Alex yang berjaya mencapai impiannya mereka hiasan dalaman sebuah hotel baru di Stockbridge.
Sumber: The Sun