Seorang lelaki nekad untuk meninggalkan rumahnya selepas berjaya menangkap sekeping gambar yang menampakkan seakan muka misteri di pangsapurinya, lapor Yahoo news.
Gambar yang kelihatan seakan tiada apa-apa yang pelik itu telah dikongsikan ke subReddit di mana warganet hangat membincangkan berkenaan gambar tersebut.
“Selepas terdengar bunyi ketukan dan bunyi bising dari dapur saya, saya terus mengambil gambar dan melihatnya,” kata lelaki tersebut yang juga pengguna Reddit bernama OopySpoopyMan.

Jika gambar tersebut dibesarkan, dapat kelihatan sosok muka seakan mengintai di belakang pintu tersebut, dan ada sesetengah warganet yang menyatakan bahawa muka itu seakan memakai topeng.
Pengguna Reddit itu kemudiannya memberikan lebih banyak konteks pada warganet yang bertanyakan pelbagai soalan di ruangan komen perkongsian tersebut.
Salah seorangnya bertanyakan adakah OopySpoopyMan berasa selamat di rumahnya. Dia menjawab bahawa dia berasa tidak selamat dan sedang mengemas begnya untuk pergi ke rumah keluarganya.
“Untuk konteks yang lebih mendalam, saya tinggal bersama 3 rakan lain tetapi pada ketika gambar itu diambil saya berseorangan di rumah,” katanya dalam komen gambar itu.
“Selepas mengambil gambar tersebut, saya periksa dapur saya dan tidak menjumpai sesiapa pun. Saya kemudiannya memeriksa setiap bilik selepas itu dan juga tidak menemui sesiapa. Pintu depan terkunci dan semua tingkap juga ditutup. Saya tidak tahu apa benda sebenarnya ini.”

Seseorang telah bertanyakan tentang bagaimanakah bunyi bising di dapur yang dimaksudkannya itu. Dia menjawab bahawa bunyi tersebut kedengaran seakan ada orang sedang berjalan.
Di ruangan komen pula, warganet telah menyimpulkan pelbagai teori berkenaan insiden misteri yang menimpa lelaki itu.
“Ianya benar-benar seakan seseorang yang sedang memakai topeng Michael Myers,” kata seorang warganet yang merujuk kepada filem seram ikonik bertajuk Halloween.
“Sekiranya gambar ini bukan palsu, rumah anda pastinya berhantu,” kata seorang lagi warganet.
Sumber: Yahoo News