Seorang lelaki, Anthony Loffredo (32) telah membuat tato di seluruh badannya bahkan memotong hidung, membelah lidah dan membuat tato pada bola matanya. Perbuatan tersebut dilakukan kerana ingin kelihatan sama seperti idolanya.
Perubahan yang berlaku pada dirinya membuatkan masyarakat sekeliling menggelarkannya sebagai alien hitam. Namun begitu, pembedahan pemotongan hidung dianggap perkara yang menyalahi undang-undang di Perancis lalu dia meminta bantuan Oscar Marquez dari Barcelona, Sepanyol untuk mencapaikan hasratnya.
Anthony Loffredo dibedah secara ekstrem melalui prosedur yang dikenali sebagai rinotomi. Menurut Tribun news, rinotomi merupakan prosedur pemotongan hidung yang membuatkan hidung menganga di wajahnya.
Untuk menjadi seperti alien, Loffredo telah memasang implant kulit di wajahnya yang membuatkan kulitnya menjadi bergelombang. Bahkan, dia mempunyai gaya reptilia di dahinya dan garisan pahat pada pipinya.
Tambahan pula, Loffredo tidak menyesal dengan perubahan yang dilakukan terhadap dirinya.
Sumber: Tribun News