Seorang lelaki telah memaksa teman wanitanya untuk mendapatkan tatu namanya. Lelaki ini mendakwa bahawa perempuan ini merupakan hak miliknya.
Lelaki yang berusia 31 tahun, bukan sahaja memaksa untuk mendapatkan tatu namanya bahkan mangsa, 32 tahaun, seperti menumbuk, menendang dan mencekiknya selama 6 tahun hubungan.

Mangsa berkata, “Ianya seakan-akan mengawal segala aspek kehidupannya”.
Selain itu mangsa juga dipaksa untuk mendapatkan tatu yang ditulis “Harta Aj Warton”, yang bererti perempuan itu miliknya.
Jumlah keseluruhan tatu yang tertulis nama lelaki tersebut adalah sebanyak 9 tatu.
Mangsa juga berkata, dia perlu meminta izin untuk pergi ke kedai-kedai dan harus menghantar gambar untuk menunjukkan apa yang dia pakai.
Selain daripada itu, dia juga dipaksa untuk membuat tatu yang tertulis nama lelaki tersebut kerana berfikiran bahawa perempuan ini adalah hak miliknya.
Bukan sahaja penderaan yang telah dilakukan olehnya, malah lelaki itu tidak membenarkan untuk berinteraksi dengan orang lain.
Mangsa berkata, “Dia berasa terperangkap dan keseorangan dan merasakan bahawa dia tidak mempunyai siapa-siapa untuk membantunya”.
“Dia mengawal segalanya, saya pergi dengan siapa dan dimana,dia perlu tahu. Dia akan mengeluarkan kad bank saya”
Pasangan ini mempunyai dua orang anak dan mereka telah berpisah pada Jun 2018.
Lelaki itu berusaha untuk melamarnya kembali dan berkata “sekarang saya mengikuti kursus penyalahgunaan rumah tangga”
“Menikah merupakan salah satu cara untuk mengawal saya”
Disebabkan itu, mangsa mengatakan dia berusaha untuk terus berkomunikasi dengan baik demi anak-anak mereka walaupun telah banyak kejadian pahit yang telah berlaku.
Tapi, terdapat satu malam yang merupakan serangan paling ganas yang telah dilakukan olehnya.
Dia berkata,”Dia mengetuk pintu saya pada pukul 3 pagi, dia kelihatan kesal jadi saya membiarkannya masuk”
Saya sangat menyesal hingga ke hari ini kerana membenarkan dia masuk.
“Dia memukul wajahnya dalam beberapa minit, meletakkan pisau di wajahnya dan mencalarkan pipinya”
Mangsa terselamat daripada penderaan itu kerana lelaki itu tertidur akibat mabuk.
Penderitaan yang dialami oleh mangsa telah berakhir pada 21 Ogos kerana lelaki itu telah di jatuhkan hukuman penjara selama 21 bulan, didapati bersalah menyebabkan kecederaan badan.
Lelaki itu diberi perintah larangan menghubungi bekas pasangannya selama 10 tahun.
Sumber: Dailystar