Seorang lelaki Florida dilaporkan sedang melarikan diri selepas didakwa mencuri cincin pertunangan daripada teman wanitanya untuk digunakan bagi melamar kekasihnya yang lain, kata pihak berkuasa memetik laporan New York Post.
Lelaki yang berusia 48 tahun itu sedang diburu atas tuduhan mencuri selepas didakwa mengkhianati dua teman wanitanya yang ditemui di satu laman web temu janji, kata Pejabat Sheriff Volusia County dalam satu kenyataan pada Khamis.
Lelaki tersebut didakwa menggunakan nama yang berbeza dengan kedua-dua teman wanitanya, kata pihak berkuasa.
Teman wanita pertamanya yang tinggal di Orange City dan berpacaran dengannya sejak 2015 memberitahu kepada detektif bahawa dia mengetahui berkenaan perkara tersebut melalui Facebook bahawa lelaki tersebut merupakan seorang penjenayah dan telah bertunang dengan wanita lain.
Lebih buruk lagi, dia ternampak di laman Facebook teman wanita kedua lelaki itu bahawa wanita tersebut memakai cincin pertunangannya yang serupa dengan yang dimilikinya dari hubungan sebelumnya, menurut pejabat sheriff.
Dia kemudiannya memeriksa kotak barang perhiasannya dan mendapati bahawa cincin dan barang-barang yang lain telah hilang. Kira-kira $ 6,270 (RM 25305.72) harta bendanya didakwa telah dicuri, kata pegawai.
Teman wanitanya itu telah menghubungi tunang lelaki tersebut yang tinggal di Orlando dan mula berkenalan dengannya pada 2016.
Teman wanitanya yang kedua juga mendapati bahawa dia juga menduga telah dicuri. Mereka kemudiannya bekerjasama dan melaporkan lelaki tersebut kepada pihak berkuasa.
Teman wanita kedua itu melaporkan bahawa komputer riba dan perhiasannya telah hilang selepas lelaki tersebut keluar dari apartmennya, menurut pihak berkuasa.
Dia juga turut teringat bahawa lelaki tersebut pernah membawanya ke rumah teman wanita pertama di Orange City. Pada ketika itu, teman wanita pertama berkenaan difahamkan sedang bekerja kerana tiada di rumah.
Lelaki tersebut mengakui kepada teman wanita keduanya itu bahawa rumah tersebut adalah miliknya bahkan memintanya untuk berpindah ke situ bersamanya, katanya.
Teman wanita kedua tersebut terus mengemas pangsapurinya dan bersedia untuk berpindah ke rumah lelaki itu, namun kemudian lelaki tersebut memberitahunya cadangan itu terpaksa dibatalkan, kata pegawai.
Menurut New York Post, lelaki tersebut mempunyai pelbagai rekod kesalahan pada sebelum ini yang merangkumi waran tangkapan atas kes langgar lari di Oregon, serangan domestik dan memiliki dadah jenis kokain.
Sumber: New York Post