Seorang lelaki yang didakwa melemaskan tiga ekor kucing dengan kejam dalam mesin basuh dobi di Kepong, Ahad lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh BERNAMA TV melalui laman twitternya sebentar tadi.
Terdahulu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden ngeri tesebut setelah berita perbuatan kejam berkenaan dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia di laman facebook.
Dalam kemaskini terbaru persatuan tersebut, lelaki berkenaan dilaporkan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Mahkamah turut mengarahkan dia dihantar ke Hospital Bahagian untuk menjalani pemeriksaan mental.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia