Seorang lelaki dengan patung Iron Man bernilai £ 14,000 mempunyai pengalaman “sangat menakutkan” ketika polis mengepung apartmennya pada tengah malam.
Polis dan juga paramedik telah menerima panggilan kecemasan yang mengatakan ada seorang lelaki tergantung di tepi tingkap sebuah apartmen di bandar Manchester pada malam Selasa lalu (19 Oktober), lapor Daily Star.
Pada malam kejadian, lelaki tersebut dan anaknya sedang tidur sebelum dia dikejutkan dengan satu panggilan daripada pengawal dan memberitahu bahawa pihak polis ingin naik ke apartmennya.
Apabila pihak polis dan paramedik tiba, mereka terkejut melihat sebuah patung Marvel Iron Man berada di tepi tingkap pada waktu itu. Rupa-rupanya lelaki yang dipercayai tergantung itu hanyalah sebuah patung.
“Tolong alihkannya, jika tidak kami akan terus menerima panggilan daripada orang awam”
Melalui rakaman video yang dipaparkan, dilihat pihak polis meminta lelaki tersebut mengalihkan patung kerana telah menyebabkan salah faham kepada penduduk yang menetap di situ. Berkemungkinan jika tidak dialih, pihak polis akan menerima panggilan kecemasan yang sama lagi.
Sumber: Daily Star