Malam ambang tahun baharu kian menjelma. Biasanya ia pasti akan diraikan dengan pertunjukan bunga api secara besar-besaran.
Selain itu, malam tahun baharu juga sering dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lain seperti konsert nyanyian, hiburan dan sebagainya.
Lagi seronok kalau ia diraikan bersama pasangan dan keluarga tercinta.
Namun bagi seorang lelaki bujang di Indonesia ini, malam ambang tahun baharu pada kali ini mungkin tidak bosan lagi kerana dia menawarkan perkhidmatan menyambut tahun baharu bersama wanita bujang.
Khoirul Anam dilaporkan ingin mencari mana-mana wanita bujang yang sudi menggunakan khidmatnya sebagai teman malam tahun baharu.
Gambar: Khoirul AnamDengan harga serendah RM25, pakej lengkap menarik yang ditawarkan adalah makan malam bersama, bergandingan tangan, ambil gambar ‘selfie’ sambil baring, bermain bunga api bersama dan sehinggalah wanita itu akan dihantar hingga ke rumah.
Malah menariknya, Khoirul memberi jaminan bahawa setiap aktiviti dalam pakej hanyalah yang ‘baik-baik’ sahaja, bukan ke arah benda buruk dan paling penting, wanita berstatus isteri orang tidak akan dilayan sama sekali.
Khoirul menjalankan kempen tersebut secara giat dengan menggantung iklan di tempat awam termasuklah pokok-pokok di tepi jalan.
Keberaniannya yang membuat perkhidmatan itu menjadi perhatian warganet, rata-rata mereka kagum dengan usaha Khoirul yang ingin berasa ‘dipunyai’ pada malam tahun baharu nanti.
Hebahan itu berjaya tular dengan pantas hingga mencapai kira-kira lebih 18,000 perkongsian di Facebook.
Gambar: Khoirul AnamSumber: Khoirul Anam