Seorang bekas kontraktor kerajaan di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sedang membina sebuah bunker atau ‘perkampungan anti-nuklear bawah tanah’ bagi mereka yang ingin menyelamatkan diri daripada segala ancaman.
Kontraktor berkenaan, Larry Hall berkata, bunker dinamakan Survival Condo yang dibuka untuk jualan itu pada asalnya merupakan sebuah silo pelancar peluru berpandu lama milik Atlas F. Intercontinental Ballistic Missile Silo yang telah dinyahaktif.
Dia telah membelanjakan kos kira-kira lebih RM84 juta untuk menukarnya menjadi sebuah rumah bawah tanah setinggi 15 tingkat di mana mampu memuatkan seramai 75 orang penghuni dan mereka boleh bertahan hidup di dalamnya untuk tempoh lima tahun.
“Tujuannya adalah untuk melindungi penghuni daripada pelbagai ancaman yang berpotensi untuk memusnahkan dunia seperti perang nuklear, pandemik, serangan meteor dan rusuhan.
“Di sini sangat mewah, bunker ini dibina dengan bahan kalis nuklear bagi melindungi fizikal dan mental mereka,” katanya, memetik The Sun menerusi Social Junkie.
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry HallDifahamkan, bunker tersebut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti mewah seperti kolam renang sepanjang 75 meter, spa dan sauna mewah, pawagam, gimnasium, dinding rekreasi rock climbing, golf, taman anjing dan sebagainya.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pasar raya, pusat perubatan serta makmal akuaponik (aquaponics lab) sebagai ladang khas untuk penghuni menanam sendiri buah-buahan dan sayur-sayuran mereka.
Tidak hanya didiami begitu saja, penghuni ‘pasca-apokalips’ di dalam bunker itu juga bebas untuk membangunkan kemudahan peribadi seperti gereja, masjid, terowong, lapangan helikopter dan sebagainya menggunakan dana sendiri.
Harga bagi setiap bilik yang dihuni adalah bernilai kira-kira RM2.1 juta. Menariknya, bunker itu juga mempunyai sumber air bersih yang didapati daripada sistem osmosis songsang (reverse osmosis) sebanyak 10,000 gelen setiap hari.
Dalam pada itu, kesihatan mental para penduduknya juga turut diambil berat. Larry juga melantik psikologis untuk berkhidmat di situ bagi menjamin kebajikan serta kesihatan psikologi mereka.
“Ia adalah keperluan, kami melantik psikologis yang bekerja dengan projek biosfera dengan Arizona State University dan dia juga merupakan seorang konsultan bagi pihak NASA serta European Space Agency,” tambahnya.
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall
Kredit: Survival Condo/Larry Hall**nota kaki: konsep Survival Condo ni mengingatkan min dengan The Ark, stesen manusia kat angkasa selepas kemusnahan Bumi akibat radiasi dalam siri Netflix ‘The 100’.
Sumber: Social Junkie