Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat pertambahan 5 kes kematian setakat hari ini, 17 November 2020.
Susulan daripada laporan kes kematian yang dilaporkan, terdapat seorang mangsa korban paling muda setakat ini iaitu membabitkan seorang lelaki berusia 25 tahun daripada Sabah.
Ini merupakan perincian kes kematian hari ini.
1. Mangsa ke 314 merupakan seorang wanita warganegara yang berusia 59 tahun yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Mangsa mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang kronik.
2. Mangsa kes kematian ke 315 hari ini adalah merupakan seorang lelaki berusia 65 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent, mempunyai latar belakang penyakit kronik iaitu penyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD).
3. Mangsa ke 316 juga seorang lelaki warganegara berumur 80 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tawau dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, dislipidemia dan asma.
4. Mangsa seterusnya merupakan kes kematian ke 317 merupakan seorang lelaki bukan warganegara berusia 65 tahun yang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.
5. Mangsa kes kematian ke 318 merupakan mangsa paling muda iaitu berusia 25 tahun dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth dan mempunyai latar belakang penyakit skizofrenia dan obesiti.
Bagaimanapun, pihak KKM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Sumber: KKM