Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini berpeluang meluangkan masa hujung minggu dengan melawat ke tempat ‘memorial’ dirinya sendiri.
Pada hari ini, beliau berkesempatan singgah ke kawasan dinding mural yang terpapar lukisan potret wajahnya sendiri.
Justeru, beliau turut bergambar dengan mural tersebut dan memuat naik fotonya ke Facebook hari ini.
Gambar: Datuk Dr. Noor Hisham AbdullahMengimbas kembali, lukisan mural tersebut merupakan hasil tangan seorang anak kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali yang telah pun memulakan projek tersebut sebelum ini.
Di dinding tersebut, bukan sahaja ada wajahnya sendiri, malah turut dilukis juga potret Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mural tiga ‘hero’ negara itu dilukis bertujuan sebgai tanda menghargai jasa dan keprihatinan mereka sebagai wira negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.
BACA: Anak Terengganu Tonjol ‘Skill’ Hasilkan Mural Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih
BACA: Agong Lawat Mural Potret Tiga ‘Panglima’ Negara
Sumber: Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah