Langit yang berwarna merah dan oren dilaporkan menyambut tahun baru di New Zealand, lapor portal Stuff.
Ia dikatakan berpunca daripada asap yang diterbangkan dari hutan yang sedang terbakar di Australia. Jerebu yang diterbangkan angin sampai di beberapa bahagian di New Zealand sehingga jarak penglihatan hanya 10km.

Keadaan itu juga menyebabkan penduduk di bahagian terjejas melihat Matahari bewarna seperti darah.
Malah, penduduk di beberapa kawasan di New Zealand seperti di Dunedin dan Otago memaklumkan mereka dapat mencium bau asap di udara.

Di bahagian Cristchurch pula, penduduk-penduduk memberitahu mereka melihat matahari di langit bewarna keorenan sejak awal pagi.
Bagaimanapun agensi kaji cuaca tempatan, MetService melaporkan keadaan berkenaan tidak menyebabkan berlakunya sebarang perubahan cuaca disana.

Sumber: Stuff