Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap hebahan maklumat mengenai Pengeluaran i-Sinar/i-Citra di media sosial.
Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, maklumat mengenai pengeluaran i-Sinar/i-Citra telah disalahgunakan dan mendatangkan kekeliruan kepada ahli.
Justeru itu, pihak KWSP berpesan kepada semua supaya dapatkan informasi sahih hanya melalui media sosial rasmi KWSP dan portal i-Citra Online.
Sumber: @KWSPMalaysia