KUWAIT CITY, 30 Sept (Bernama) — Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah dilantik Emir Kuwait yang baharu, lapor agensi berita Xinhua, memetik kerajaan Kuwait pada Selasa.
Timbalan Perdana Menteri Anas Al-Saleh dalam satu kenyataan berkata, kerajaan berharap emir baharu dapat menjalankan tugas dengan baik dalam usaha untuk memastikan keamanan dan pembangunan negara.
Pelantikan itu bagi menggantikan Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah yang meninggal dunia pada Selasa pada usia 91 tahun, menurut Amiri Diwan.
— BERNAMA