Pulau Pinang, 19 Disember 2022 – Dato’ Sri Meer Sadik Habib dan keluarga mengadakan majlis pecah tanah bagi membangunkan sebuah masjid di Bandar Tanjong Pinang hari ini. Masjid ini bakal dilengkapi dengan ruangan untuk pelbagai acara selain tempat beribadah dan dijangka siap pada tahun 2024 dengan keluasan 8,615 meter persegi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang diiringi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Merangkap Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Sadik Habib, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin dan tetamu jemputan yang lain.
Dato’ Sri Meer menceritakan hasrat keluarganya untuk menubuhkan sebuah masjid di tempat asal keluarga mereka, untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
Pembinaan rekaan dan hiasan masjid ini berterapkan unsur-unsur seni komuniti kacukan, Jawi Peranakan di Pulau Pinang. Reka bentuk kubah diambil dari potongan intan yang unik sebagai penghormatan kepada budaya pemakaian barang kemas masyarakat Jawi Peranakan.
Hasil kerjasama arkitek tempatan, Zon Design Rekabina Sdn Bhd melalui perancangan dan pemilihan konsep beransurkan seni jawi peranakan akan memakan masa hampir dua tahun.
“Harapan kami untuk melihat Masjid Habib bukan sahaja sebagai pusat beribadah tetapi sebagai pusat komuniti menyatukan masyarakat setempat.”
Masjid ini mampu menampung lebih daripada 1,500 jemaah pada satu masa, turut dilengkapi kemudahan lain untuk kegunaan awam seperti bilik kuliah, bilik mesyuarat serta dewan serbaguna untuk majlis perkahwinan dan acara tertentu untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat. Taman hijau yang menghiasi masjid bersama menara masjid berkonsepkan tanglung akan memberikan pemandangan yang tenang, sekaligus menambahkan reka bentuk vernacular moden yang mampan kepada para pengunjung.
Sokongan daripada pihak berkuasa seperti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta masyarakat setempat memainkan peranan yang penting bagi menjayakan pembangunan ini. Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Masjid Habib sejurus selepas pembukaan rasmi akan datang agar manfaat dapat dikongsikan bersama.