Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa ada kemungkinan pelajar yang berada di kampus akan dibenarkan pulang dengan syarat ada SOP yang ketat dikeluarkan.
Dalam sidang media perkembangan terkini PKP, beliau berkata bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan SOP untuk benarkan pelajar di kampus pulang ke kampung masing-masing
Walaupun begitu, para pelajar juga akan digalakkan untuk mendapatkan saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang ke kampung masing-masing.
Sumber: Bernama