Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa tiada pertambahan kluster baharu setakat hari ini, 26 Julai 2020. Bagaimanapun, terdapat sebanyak 13 kes baharu yang disahkan KKM.
Menerusi laman Twitter rasmi KKM memaklumkan bahawa terdapat satu lagi kes baharu (kes ke 8894) yang dikesan dalam kluster Sentosa. Kes adalah kontrak rapat kes indeks.
Kluster Sentosa adalah kluster dari Hospital Sentosa di Sarawak yang bermula dari seorang wanita iaitu kes ke-8773. Hospital Sentosa telah diarahkan tutup oleh KKM dan semua kakitangan hospital tersebut dikuarantin di dalam hospital.
Ini merupakan carta kes indeks Kluster Sentosa

Selain itu, pertambahan kes dalam Kluster Bukit Tiram sebanyak 7 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini.
KKM juga mengesahkan bahawa terdapat satu kluster ditamatkan pada hari ini iaitu Kluster Pedas. Kluster ini pernah melaporkan sebanyak 326 kes termasuk 14 warganegara. Tiada kes kematian dilaporkan dari kluster ini. Sehingga kini, terdapat 68 kluster telah ditamatkan.

Sumber: KKM