Klook Sumbang US$ 7.2 Bilion Kepada Ekonomi Pelancongan Asia Pasifik Sempena Ulang Tahun Ke-10
Kuala Lumpur, 24 September 2024 – Sempena ulang tahun nya ke-10, Klook, platform terkemuka di Asia untuk pengalaman dan perkhidmatan pelancongan, memanfaatkan skalanya dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memacu impak yang positif, mempromosikan pelancongan mampan, dan menyokong komuniti tempatan.
Kajian bebas oleh Oxford Economics, firma analisis dan ramalan ekonomi terkemuka dunia, menunjukkan impak besar operasi Klook di luar platform itu sendiri. Pada tahun 2023, perkhidmatan Klook menyumbang kira-kira US$ 7.2 bilion (sebanyak MYR 30 bilion) kepada KDNK dan menyokong lebih daripada 219,000 pekerjaan di Asia Pasifik, mengukuhkan lagi peranannya sebagai enjin ekonomi dalam sektor pelancongan rantau ini.
Dengan menghubungkan rakan kongsi kepada pelanggan yang sukar dicapai, Klook mencipta kesan ekonomi yang meluas merentas pelbagai sektor industri pelancongan, termasuk pengalaman, hiburan, pengangkutan, dan banyak lagi.
“Sepuluh tahun pertama kami telah memberi tumpuan kepada membina platform global yang bukan sahaja membolehkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan tetapi juga menyokong komuniti tempatan yang bekerjasama dengan kami,” kata Ethan Lin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Klook. “Dengan lebih 80% rakan kongsi kami adalah terdiri daripada perniagaan kecil dan sederhana, kami komited untuk mewujudkan peluang ekonomi sebenar bagi komuniti ini, yang merupakan tulang belakang pelancongan tempatan, untuk memastikan masa depan yang lebih berdaya tahan dan mampan untuk pelancongan di Asia.”

Memperjuangkan Pelancongan Bertanggungjawab
Bertitik tolak daripada kejayaannya, Klook kini menggunakan pengaruhnya untuk memberi impak positif yang berkekalan kepada alam sekitar dan komuniti tempatan. Sebagai ahli baharu Majlis Pelancongan Lestari Global (GSTC), Klook komited untuk memajukan amalan mampan dalam industri pengalaman.
“Sempena ulang tahun ke-10 kami, komitmen untuk menjadikan pelancongan sebagai kekuatan untuk kebaikan lebih kukuh daripada sebelum ini,” kata Eric Gnock Fah, Presiden dan Pengasas Bersama Klook. “Kami memperkenalkan inisiatif baharu yang dapat membentuk masa depan pelancongan yang lebih inklusif, bertanggungjawab, dan mampan.
Dengan pandangan ke hadapan, tumpuan kami adalah untuk mengeratkan hubungan antara pengembara dan komuniti tempatan, memelihara warisan budaya, serta memperkasakan individu yang bergantung pada pelancongan untuk menyara kehidupan mereka.”
Inisiatif baharu ini merangkumi pelaksanaan standard perjalanan mesra alam dengan bekerjasama dengan perniagaan yang mengutamakan amalan mampan, program untuk meningkatkan kebajikan haiwan di kawasan perlindungan gajah, serta penyediaan beribu ribu lawatan tempatan percuma yang diketuai oleh pakar untuk menonjolkan warisan budaya dan menyokong perniagaan kecil dalam ekosistem pelancongan.
Dengan lebih 200 aktiviti mampan yang telah diperakui setakat ini, pengembara kini mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan untuk membuat keputusan yang mesra alam di pelbagai destinasi.
Aktiviti-aktiviti ini mematuhi piawaian kemampanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, membolehkan pelancong membuat pilihan yang selaras dengan nilai mereka dan memupuk masa depan di mana penerokaan dan penjagaan alam sekitar berjalan seiring.
Mengukuhkan komitmennya terhadap pelancongan yang bertanggungjawab, Klook mengambil pendirian tegas terhadap kebajikan haiwan dengan memperkenalkan set kriteria untuk pengalaman yang melibatkan gajah. Penilaian ini dibangunkan melalui kerjasama dengan Asian Captive Elephant Standards (ACES), pakar dalam kebajikan gajah tawanan.
Usaha Klook tidak terhad kepada akreditasi; mereka juga secara aktif bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk meningkatkan standard penjagaan dan sokongan bagi haiwan serta komuniti di mana mereka beroperasi. Pada pelancaran ini, 12 santuari gajah telah menjadi sebahagian daripada ‘program ‘Klook Assessed’ yang baharu, dengan lebih banyak dijangka menyertainya.
Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10, Klook menawarkan beribu-ribu lawatan tempatan percuma kepada pengembara, mempamerkan komuniti bertenaga yang telah memainkan peranan yang penting dalam kejayaannya.

Pengalaman ini, yang diterajui oleh pakar tempatan, menawarkan pengembara dengan lensa tulen ke dalam warisan budaya yang kaya di setiap destinasi, daripada lawatan berjalan kaki di Seoul kepada tradisi masakan Chiang Mai, dan memupuk pengalaman perjalanan yang lebih inklusif dan bermakna.
Dengan menonjolkan aktiviti ini di platform, Klook membantu rakan kongsi tempatan mengembangkan jangkauan mereka, memacu pertumbuhan perniagaan kecil dalam ekosistem pelancongan.