Prosedur operasi standard (SOP) akan lebih diperketatkan atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan dilaksanakan sepenuhnya di Selangor.
Demikianlah dua cadangan yang dipertimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika tahap penularan wabak COVID-19 tidak mampu dikawal lagi.
Kedua-dua cadangan tersebut dilontarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam satu kenyataan hari ini, memetik laporan ringkas BERNAMA.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: BERNAMA