Kerja-kerja pengwujudkan Hospital Medan Tawau sedang giat dijalankan di Dewan Kompleks Sukan Tawau yang terletak 10 minit dari Hospital Tawau. Hospital Medan ini adalah kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia.
Menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook Ketua Pengarah Kesaihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai kerja-kerja penubuhan hospital ini untuk merawat pesakit bukan Covid-19. Hal ini demikian kerana, ruangan yang kosong di Hospital Tawau dapat menampung pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19 ini.
Pesakit-pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Tawau akan dirawat di hospital medan ini khususnya untuk perkhidmatan Obstetrics & Gynaecology, Paediatrics, Orthopaedic dan Pembedahan Am. Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi (category 3 – 5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna, manakala kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (category 1 and 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Ini antara foto-foto anggota Tentera Malaysia bertungkus lumus menyiapkan Hospital Medan Tawau ini untuk kegunaan pesakit di Sabah.





Kementerian menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ATM membantu menjayakan Hospital Medan ini.
Sumber: DG Dr Noor Hisham