Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin telah melakukan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang, hari ini.
Foto-foto ketika beliau berada di hospital itu telah tular di media sosial dan difahamkan beliau hanya membawa seorang sahaja pegawai untuk mengiringinya.
Dengan memakai pakaian biasa dan tanpa sebarang protokol rasmi, beliau dilihat menyapa petugas dan melihat keadaan di hospital itu.
Datang pada cuti hujung minggu, para netizen mengesyaki bahawa ketibaannya itu pasti tidak diketahui oleh pihak atasan hospital itu.
Rata-rata netizen juga mengatakan bahawa lawatan mengejut seperti itu perlu dilakukan bagi melihat keadaan sebenar yang berlaku di hospital negara ini.
Ni baru betul lawatan

Semua menteri kena buat macam ni


Harap dapat buat perubahan


Sumber: Nik Aminudin Nss, Khairul Hafidz