Rezeki bukan sahaja dari segi wang ringgit namun nikmat yang lain juga turut dianggap sebagai rezeki seperti kesihatan yang baik, kerja yang baik, bahagia dengan pasangan hidup dan juga dikurniakan zuriat. Bagi pasangan yang telah berkahwin, sudah semestinya mahukan zuriat hadir dalam hidup mereka untuk menceriakan lagi rumah tangga yang dibina atas nama cinta.
Pun begitu, tidak semua orang berpeluang untuk memiliki zuriat dan ada juga yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata. Walaupun terpaksa menunggu lama, tidak seharusnya seseorang itu berputus asa kerana sekiranya rezeki anak itu sudah ditetapkan buatnya, pasti masa itu akan tiba akhirnya.
Begitulah juga kisah pasangan suami isteri ini yang telah menunggu selama 8 tahun sebelum mendapat tahu berita gembira tersebut buat mereka. Menerusi perkongsian di laman Facebook Puan Intan Juliana, dia berasa sangat bersyukur dengan anugerah terindah yang dikurniakan buat dirinya dan suami. Tambahnya lagi, 8 tahun penantian dengan penuh sabar kini disambut dengan seribu keindahan yang dikongsi bersama suami.

Gambar: Intan IswadyLebih membahagiakan, berita gembira bahawa dirinya disahkan hamil muncul pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 7. Sudah semestinya, ia merupakan hadiah anniversary yang paling bermakna buat pasangan bahagia ini.
Berkongsikan perasaannya mendapat tahu berita gembira ini, Puan Intan menyatakan bahawa dirinya sangat terharu hinggakan menangis pada suaminya ketika berkongsikan mengenai perkara ini.
Setelah memaklumkan perkara itu kepada suaminya, Puan Intan mengatakan bahawa suaminya bagaikan tidak percaya bahawa dirinya bakal menjadi seorang ayah.

Setelah lapan tahun menunggu, akhirnya Puan Intan Juliana disahkan hamil dan berita ini sangat mengembirakan dirinya dan suami ketika mereka menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke tujuh. Bagaimanapun, ikhtiar adalah sangat penting di samping memanjatkan doa kepada Allah SWT.
Seperti Puan Intan, dia turut berikhtiar dengan mengambil minuman tambahan. Minuman yang dimaksudkan ialah susu Efferty yang dikatakan mempunyai pelbagai kebaikan terutamanya kaum wanita.
Kalau korang perasan, dalam minggu ni sering kita dengar mengenai tips-tips hamil dikongsikan di dalam siaran Radio Sinar FM. Antaranya mengenai cara mengesan waktu subur isteri dalam usaha ikhtiar untuk beroleh potensi hamil yang tinggi. Antaranya adalah seperti rakaman di bawah:
Kalau nak tahu, doktor yang bersiaran di radio ni selalu berkongsikan tips-tips hamil yang sangat bermanfaat terutamanya bagi pasangan yang sudah berkahwin. Mungkin sudah ramai yang kenal dengan Dr Raihana atau lebih manis dikenali sebagai Dr Rai.
Apa yang menariknya, tips-tips hamil yang dikongsikan oleh Dr Rai telah memberi manfaat kepada ramai orang. Antaranya ialah sehingga 800 wanita telah berjaya hamil dengan izin Allah di samping melakukan ikhtiar yang dicadangkan oleh Dr Rai.

Budi yang ditabur sudah pasti berbalas, itu la yang boleh dikatakan terhadap usaha murni Dr Rai apabila beliau telah menerima anugerah beberapa hari lepas. Apa yang membanggakan, Dr Rai melalui Efferty telah menerima dua anugerah yang berlainan pada hari yang sama.
Anugerah yang dimaksudkan adalah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award dan juga Prestigious Leader of The Year sekaligus membuktikan kemampuan Dr Rai dan pasukannya membantu lebih ramai wanita untuk berusaha dan ikhtiar hamil.



Tak salah kan untuk ikhtiar dan mencuba setelah menempuh masa yang lama untuk melihat dua garis biru pada set ujian kehamilan? Jangan berputus asa dan teruskan berdoa semoga Allah permudahkan urusan pasangan suami isteri yang sedang menanti berita gembira itu.
Kalau nak dapatkan lebih banyak tips kehamilan dan mengenai Efferty, anda boleh layari laman Facebook Efferty HQ untuk maklumat lanjut.