Perdana Menteri Malaysia melalui ucapannya sebentar tadi memaklumkan sebanyak 118 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini. Bagi kes pulih pula ialah sebanyak 220 orang.
Perkara tersebut dimumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas sebentar tadi.
Tambahnya lagi, sekiranya trend penurunan kes positif berterusan dalam tempoh dua minggu akan datang, wabak Covid-19 ini dapat dikawal daripada penularannya.
Dalam video Perutusan Khas berikut, beliau menyebutnya pada minit ke 11.57.
Sumber: Sidang Media Perutusan Khas Perdana Menteri