Guru dianggap sebagai pelita hidup, sanggup ‘membakar’ dirinya bagi menerangi masa depan anak-anak murid yang disayangi. Mendidik para pelajar di sekolah bukanlah perkara yang mudah.
Tambahan pula bagi mengajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak dari masyarakat Orang Asli. Namun, bagi seorang guru di Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang ini, kesukaran itu dianggap sebagai satu cabaran yang perlu diatasi.
Hasilnya, berbekalkan teknik mengajar yang menarik seperti menggunakan alat muzik serta teknologi seperti tablet dan sebagainya, Cikgu Samuel Isaiah telah berjaya mengubah anak-anak kecil dari masyarakat Orang Asli di sana daripada kurang berminat ke sekolah sehinggalah ada di antara mereka yang berjaya memperolehi gred A dalam bahasa Inggeris bagi UPSR.
Kisah Cikgu Samuel ini telah dikongsikan oleh rakannya yang juga seorang guru, Mohd Fadli Salleh melalui satu kiriman di akaun Facebook-nya baru-baru ini.
Sumber: FB Mohd Fadli Salleh