Kira-kira 414 lagi individu yang pulang dari luar negara masih belum jalani saringan COVID-19 kali kedua, lapor Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Hari ini saya difahamkan hanya 414 yang masih tinggal, sama ada mereka berdegil ataupun tidak tahu tentang prosedur operasi standard (SOP) tersebut.
“Saya harap 414 ini pergilah dengan segera ke klinik-klinik kesihatan berdekatan atau hubungi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melakukan saringan kesihatan kali kedua supaya disahkan sama ada mereka negatif ataupun positif,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.
Difahamkan, menurutnya, jika 414 tersebut masih lagi belum tampil, maka pihak polis akan datang ke rumah untuk membantu membawa mereka ke klinik kesihatan.
“Jadi kalau selesa pergi sendiri, tak perlu tunggu polis,” jelasnya.
Sumber: RTM